Home

Kajian Keberhasilan Modal Insan

CODE

2012-0082-106-20

RESEARCHER

  1. Mohd Sahandri Gani Hamzah
  2. Ramlee Ismail
  3. Marinah Awang
  4. Norazilawati Abdullah
  5. Nik Azmah Nik Yusuff
  6. Goh Swee Choo
  7. Wong Kung Teck
  8. Rosnidar Mansor
  9. Nurul Anuar Jamasan @ Kasban


GRANTOR OF RESEARCH FUND

Majlis Amanah Rakyat (MARA)


ABSTRACT

Dalam menentukan keberkesanan dan peningkatan kualiti pendidikan yang disediakan oleh KPTM, ia bergantung sepenuhnya kepada daya usaha dan inisiatif  pegawai akademik dan pegawai staf pengurusannya. Sehubungan itu, KPTM memerlukan maklumat menyeluruh tentang tahap motivasi keseluruhan pegawai akademik dan pegawai staf pengurusannya, sama ada yang bersifat intrinsic mahupun yang bersifat ekstrinsik. Dengan itu kajian ini dijalankan untuk menentukan status peranan dan tugas dalam kalangan pegawai akademik, pegawai staf pengurusan dan pelajar KPTM dalam mengenalpasti tahap kepuasan kerja dan motivasi mereka dan akhirnya menghasilkan model keberhasilan modal insan secara keseluruhan. Metodologi kajian menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian “Interaction Survey Mothod” yang melibatkan pengumpulan data secara rawak. Sampel Kajian adalah terdiri daripada 683 orang staf dan 2300 pelajar iaitu 52.21% daripada jumlah populasi staf dan 13.53% daripada jumlah populasi pelajar yang ditentukan oleh pihak KPTM sendiri. Data diperoleh daripada dua set soal untuk pelajar dan staf. Instrumen pelajar terbahagi kepada lapan bahagian iaitu deskripsi tugas, perancangan, pelaksanaan mengikut bidang tugas, tadbir urus, output, prestasi pelajar, maklumat demografi staf, motivasi dan pelaksanaan mengikut bidang tugas. Dapatan kajian menunjukkan satu kombinasi nisbah pelajar dan staf akademik (21:1) yang berpatutan dari segi operasi system pengajaran pembelajaran efektif. Keberhasilan modal insan banyak dipengaruhi dan disumbangkan oleh factor pelaksanaan dan orentasi tugas dengan nilai, kepercayaan dan komitmen sumber manusia. Output keberhasilan iaitu kualiti pelajar adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor pelaksaan melalui proses transformasi pembelajaran, motivasi kendiri serta sokongan organisasi dan tadbir urus yang baik. Bagi menjamin kestabilan keberhasilan modal insan pada tahap kualiti yang lebih baik, sejumlah 9 syor disarankan.